14 jalan di Putrajaya bakal ditutup sempena Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR — Sebanyak 14 laluan utama di Putrajaya akan ditutup sementara dari jam 6 pagi hingga 12 tengah hari bermula 26 hingga 29 Ogos bagi memberi laluan kepada sesi latihan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, memaklumkan bahawa antara laluan yang terlibat ialah Lebuh Wawasan/Persiaran Perdana, Jalan Tun Razak/Lebuh Bestari, Jalan Tun Razak/Jalan Pembangunan, Lebuh Setia/Jalan Perpaduan, Jalan Kemerdekaan/Jalan Tun Hussein, dan Dataran Putra/Persiaran Perdana.

Selain itu, 14 laluan utama yang menghubungkan ke Core Island di Putrajaya juga akan ditutup sepenuhnya bermula jam 10 malam pada 29 Ogos hingga 31 Ogos.

Antara laluan yang terlibat termasuk Lingkaran Putrajaya/Jambatan Saujana, Lebuh Sentosa/Lebuh Wawasan, persimpangan lampu isyarat di Lebuh Wawasan/Jambatan Wawasan, Bulatan Salahuddin/Dataran Perdana, lampu isyarat Jalan Pembangunan/Jalan Tun Hussein, serta lampu isyarat Lingkaran Gemilang Satu/Persiaran Perdana.

Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal, tiba lebih awal di lokasi sambutan, serta menggunakan perkhidmatan bas ulang-alik percuma yang akan beroperasi setiap 15 minit dari tiga lokasi berbeza.

Seramai 2,708 anggota dan pegawai polis akan ditugaskan bagi memastikan kelancaran keselamatan dan pengurusan trafik sempena sambutan Hari Kebangsaan yang dijangka menarik kehadiran lebih 100,000 pengunjung.

Polis turut akan melaksanakan Operasi Pencegahan Jenayah bersempena malam ambang Merdeka 2025, yang memfokuskan pemantauan di kawasan berisiko tinggi, lokasi tumpuan orang ramai, serta langkah membanteras jenayah di ibu negara.

BACA JUGA:  SPRM serbu anak syarikat NationGate atas dakwaan penyeludupan
Lok Mee Wan
Lok Mee Wan
lokmeewan@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...