Guru sekolah menengah di Rembau didakwa cabul, rogol luar tabii pelajar PPKI

SEREMBAN – Seorang guru lelaki di sebuah sekolah menengah di Rembau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Seremban hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal serta persetubuhan luar tabii terhadap dua pelajar perempuan berusia 15 tahun, di dalam sebuah kelas pada Mei lalu.

Tertuduh, Muhamad Asraf Ahmad, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mengikut dua pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kedua-dua pelajar terbabit pada 5 Mei dan 16 Mei lalu. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.

Selain itu, Muhamad Asraf turut berdepan satu lagi pertuduhan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan terhadap salah seorang mangsa kira-kira pukul 1.30 pagi di lokasi sama sekitar April lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi, memohon jaminan sebanyak RM30,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan, selain memaklumkan bahawa semua mangsa merupakan pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Bagaimanapun, peguam P. Bhaerabii yang mewakili tertuduh merayu jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya menanggung isteri, dua anak kecil berusia empat tahun dan setahun enam bulan, selain ibu bapa dan abang sulung yang menghidap penyakit kuman dalam darah.

“Anak guam saya juga menghidap asma dan ‘anxiety’, malah keadaan kesihatannya semakin teruk selepas pertuduhan ini disabitkan,” katanya di mahkamah.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM20,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin bercagar, berserta syarat tambahan iaitu melapor diri di balai polis sekali setiap bulan, tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 29 September depan.

BACA JUGA:  Suspek ambil kesempatan semasa mangsa seorang di rumah - Polis
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...