Operasi pengosongan bertukar kecoh, Ketua Polis Dang Wangi cedera dibaling batu

KUALA LUMPUR – Penduduk Kampung Sungai Baru diingatkan supaya bertenang dan tidak bertindak melulu ketika berdepan isu pengosongan penempatan mereka, susulan insiden balingan objek berbahaya yang mencederakan seorang pegawai polis.

Kejadian tegang itu berlaku ketika pasukan keselamatan menjalankan pemantauan di kawasan terbabit sebelum Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, dipercayai terkena batu yang dibaling penduduk. Beliau dilihat mengalami kecederaan pada muka dengan darah mengalir sebelum segera dibawa keluar bagi mendapatkan rawatan.

Rakaman siaran langsung oleh beberapa pengguna media sosial menunjukkan situasi kecoh apabila sebahagian penduduk bertindak agresif sehingga mengundang kecaman warganet. Rata-rata mengecam tindakan tersebut yang disifatkan melampau dan boleh mengundang tragedi lebih besar.

“Baling barang dan batu kena kat pegawai polis. Kau jangan nak mengulang tragedi Adib II. Kami tak akan reda,” tegas pengguna laman sosial, Ameno World.

Seorang lagi warganet, Mohd Jusof, turut mengingatkan agar penduduk tidak menjadikan polis sebagai sasaran kemarahan.

“Yang salah bukan polis, kenapa polis yang diserang? Jadilah penduduk yang bijak. Orang lain yang janji bulan dan bintang, orang lain yang jadi mangsa angkara amarah korang (kalian),” katanya.

Insiden ini sekali gus membangkitkan kebimbangan mengenai kemungkinan berulangnya tragedi menimpa anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim pada 2018, yang maut selepas cedera parah dalam rusuhan berhubung isu pemindahan tapak kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya.

Setakat ini, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut terhadap insiden berkenaan, selain memberi jaminan keselamatan akan terus dipantau di kawasan Kampung Sungai Baru.

BACA JUGA:  Lelaki ditahan tunjuk kemaluan dalam kereta depan dua kanak-kanak
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...