Lelaki ditahan tunjuk kemaluan dalam kereta depan dua kanak-kanak

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai bertindak menunjukkan kemaluannya kepada dua kanak-kanak perempuan dalam satu kejadian di Bandar Baru Uda, semalam.

Kejadian itu tular di media sosial menerusi video berdurasi 44 saat yang memaparkan dua kanak-kanak tersebut sedang berjalan sebelum berhenti dan berinteraksi dengan individu dari dalam sebuah kereta berwarna hitam.

Dalam rakaman tersebut, kedua-dua mangsa dilihat terkejut sebelum melarikan diri, manakala kenderaan terbabit beredar dari lokasi tidak lama selepas itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Radin Ramlan Radin Taha berkata, pihaknya mengesan video berkenaan di Facebook sebelum menerima laporan pada pukul 4.46 petang.

Menurut beliau, laporan dibuat oleh seorang lelaki berusia 33 tahun yang juga bapa kepada salah seorang mangsa.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari semalam. Mangsa yang berusia 12 tahun bersama sepupunya berusia 10 tahun didatangi seorang lelaki yang memandu kereta jenis Honda Accord.

“Suspek dikatakan bertanyakan lokasi tandas sebelum bertindak menunjukkan kemaluannya kepada kedua-dua kanak-kanak tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bertindak atas maklumat yang diperoleh, sepasukan anggota dari Unit Siasatan Jenayah Khas (D9) Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Johor Bahru Utara berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun di sebuah rumah di Masai pada pukul 11 malam tadi.

Kes kini disiasat bagi tindakan lanjut, manakala polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada serta segera melaporkan sebarang kejadian mencurigakan kepada pihak berkuasa. – MYBERITA

BACA JUGA:  Ribut petir landa Johor, Sarawak hingga tengah hari ini - MetMalaysia
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Rakan universiti sanggup tipu kawan jual tiket ‘travel’ murah, mangsa rugi hampir RM2 juta

KUALA LUMPUR – Seorang individu mendakwa menjadi mangsa penipuan...

Cubaan tidak senonoh terhadap pramugari, lelaki diturunkan dari pesawat

KUALA LUMPUR - Tular di media sosial satu rakaman...

Geng ‘cop parkir’ hilang kuasa, MBJB sita tong di tempat parkir

KUALA LUMPUR – Taktik ‘cop parkir’ menggunakan tong cat,...

“Terima kasih ‘tagged’ saya”, Asyraf Wajdi arah siasatan isu konvokesyen MARA

KUALA LUMPUR – Isu kekurangan tempat duduk bagi sesi...

Harga minyak naik lagi, diesel RM6.72, RON97 RM5.35 seliter

KUALA LUMPUR - Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh...