RM100 dulu penuh troli sekarang sekadar barang asas, cukupkah bantuan kerajaan?

KUALA LUMPUR – Jika dahulu nilai RM100 mampu memenuhi sebuah troli dengan pelbagai barangan dapur, kini jumlah yang sama hanya cukup membawa pulang barangan asas.

Realiti ini menimbulkan persoalan besar dalam kalangan rakyat Malaysia, sama ada bantuan yang disediakan kerajaan benar-benar mencukupi untuk meringankan beban hidup.

Kos sara hidup yang semakin menekan terus menjadi perbualan harian, apatah lagi dengan harga barang yang dilihat tidak menunjukkan tanda penurunan.

Walaupun kerajaan memperkenalkan pelbagai bentuk bantuan tunai dan subsidi bersasar, ramai masih merasakan langkah itu hanya sekadar “ubat sementara” dan bukannya penyelesaian jangka panjang.

Bagi keluarga berpendapatan rendah, kesan inflasi terasa lebih mendesak. Seorang suri rumah yang ditemui mengakui, meskipun bantuan diterima, ia jauh daripada mencukupi.

“Kalau keluarga ramai, anak-anak ramai memang tak cukup. Komitmen tinggi, barang dapur pun mahal. Memang kena syukur juga ada bantuan, tapi kalau boleh, biarlah lebih sikit supaya hidup lebih senang,” katanya.

Situasi sama turut dialami golongan belia. Seorang pelajar praktikal berkongsi kisahnya, bagaimana bantuan kecil yang diterima hanya mampu menampung sebahagian kecil daripada perbelanjaannya.

“To be honest, memang tak cukup. Saya student intern, kampung jauh, kena bayar sewa rumah, nak beli beras dan buku pun sudah habis duit. Jadi, cukup itu memang tidak,” ujarnya.

Kerajaan ketika ini menyalurkan bantuan tunai serta subsidi bersasar khususnya kepada golongan B40. Namun, pemerhati ekonomi berpendapat, pendekatan itu tidak akan mampu mengekang kenaikan harga barangan yang berlaku secara menyeluruh.

Selagi isu kos sara hidup tidak ditangani pada akar umbi, rakyat akan terus bergantung kepada bantuan bersifat sementara. Sementara gaji bulanan pula seolah-olah “hilang” dalam tempoh sehari dua selepas diterima.

BACA JUGA:  22 juta rakyat boleh guna bantuan SARA RM100 mulai hari ini

Soalnya kini, apakah formula baharu yang mampu menjamin rakyat hidup dengan lebih sejahtera, tanpa perlu bergelut antara kelangsungan hidup dan sekadar menunggu bantuan datang menyelamatkan keadaan?

Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...