TTMM belum selesai, Pak Nil umum minggu ‘Grand Finale’

0
118

SHAH ALAM — Rancangan realiti popular Talk To My Manager (TTMM) bakal melanjutkan saingan ke satu minggu tambahan selepas menerima sambutan luar biasa daripada penonton sepanjang tujuh minggu bersiaran.

Kejutan itu diumumkan sendiri oleh pengacara popular tanah air, Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil) di penghujung konsert minggu akhir malam ini, sekali gus menandakan satu lagi babak penentuan bakal berlangsung bagi merebut gelaran juara sulung TTMM.

“Disebabkan sambutan yang sangat luar biasa daripada semua penonton, pihak produksi dan penaja berbesar hati untuk menambah satu lagi minggu khas, Grand Finale Talk To My Manager! Siapakah juara kita? Nantikan minggu hadapan!” kata Pak Nil penuh semangat di pentas utama Auditorium MBSA Shah Alam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here