Freedom Flotilla: Tiga dron dikesan berlegar atas kapal Conscience

SERDANG — Tiga hingga empat dron dikesan berlegar di atas kapal Conscience yang membawa aktivis dan sukarelawan misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG) pada malam Ahad.

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, perkara itu disahkan oleh Ketua Delegasi Malaysia, Profesor Emeritus Dr. Mohd. Alauddin Mohd. Ali yang kini berada di atas kapal berkenaan.

“Setakat pukul 2.20 pagi waktu Malaysia tadi, jarak kapal Conscience ke Gaza kurang daripada 250 batu nautika. Pihak MyCare menganggarkan mereka akan memasuki zon kuning dalam tempoh kurang 24 jam,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut beliau, kapal Conscience yang membawa lapan delegasi Malaysia kini memperlahankan pelayaran untuk menunggu lapan lagi kapal layar termasuk Umm Saad, yang turut membawa seorang lagi delegasi Malaysia sebelum bergabung menuju ke zon kuning.

Dalam perkembangan sama, Kamarul Zaman memaklumkan delegasi Malaysia di atas kapal Conscience turut mengadakan siaran langsung bersama pihak Hospital Al-Awda di Gaza.

“Hasil perkongsian itu, pihak hospital melaporkan klinik-klinik mereka kini berdepan kekurangan serius dari segi peralatan dan bekalan perubatan. Mereka terpaksa menggunakan kaedah konvensional dalam merawat pesakit serta mengubah suai peralatan sedia ada,” katanya.

Beliau turut menyeru organisasi antarabangsa agar terus memberi tekanan dan desakan kepada Israel untuk menghentikan kekejaman serta jenayah genosid terhadap rakyat Palestin, sekali gus membenarkan kemasukan ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaan ke hospital di Gaza.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCare, Dr. Fauziah Mohd. Hasan turut menitipkan pesan agar insiden yang berlaku semasa misi Global Sumud Flotilla sebelum ini tidak melunturkan semangat para aktivis dalam meneruskan perjuangan kemanusiaan.

Kapal terbesar Conscience membawa 10 kru, 20 wartawan antarabangsa, 21 pakar perubatan, tiga ahli Parlimen Turkiye, 34 aktivis serta enam ahli Jawatankuasa Pemandu FFC.

BACA JUGA:  Sentuhan boria moden, lagu \'Oh Raya Lagi\' janji kemeriahan Aidilfitri ini

Delegasi Malaysia diketuai oleh MyCare, manakala keseluruhan misi ini melibatkan 150 peserta dari 25 negara, termasuk sembilan delegasi Malaysia. Mereka berlepas dari Porto Otranto, Itali pada 30 September lalu.

Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...