Batik Air nasihat penumpang ‘check-in’ awal sempena musim cuti

KUALA LUMPUR – Susulan peningkatan ketara jumlah penumpang dan pergerakan penerbangan di lapangan terbang seluruh negara sempena musim cuti hujung tahun, Batik Air menasihatkan para penumpang supaya melengkapkan proses daftar masuk dalam talian sebelum tiba di lapangan terbang, sekiranya berpeluang.

Menurut kenyataan syarikat penerbangan itu, penumpang turut digalakkan untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya empat jam sebelum waktu berlepas dengan pas masuk (boarding pass) sedia ada bagi memastikan urusan daftar masuk, pemeriksaan keselamatan serta formaliti lapangan terbang dapat dilakukan dengan lancar.

“Langkah ini bertujuan menyokong pengalaman perjalanan yang lebih selesa dan teratur, khususnya ketika tempoh perjalanan puncak yang menyaksikan kesesakan di lapangan terbang,” menurut kenyataan tersebut.

Batik Air turut menyatakan penghargaan atas kesabaran dan sokongan para penumpang, sambil mengakui cabaran yang sering dihadapi ketika musim perjalanan sibuk.

“Terima kasih kerana memilih Batik Air. Kami mendoakan perjalanan anda selamat dan menyeronokkan sepanjang musim perayaan ini,” katanya.

Untuk maklumat lanjut serta perancangan perjalanan seterusnya, penumpang disarankan memuat turun aplikasi mudah alih Batik Air atau melayari laman web rasmi di www.batikair.com.

BACA JUGA:  Ruang udara Iran, Iraq dan Syria lengang, penerbangan komersial ubah laluan
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...