Barisan Exco baharu dilantik dua minggu lagi, gaji MB Perlis dan Ahli Exco dipotong

KANGAR – Barisan exco baharu Kerajaan Negeri Perlis yang melibatkan wakil BERSATU dan PAS dijangka dilantik selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu akan datang.

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah, berkata pelantikan itu akan dilakukan selepas perbincangan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rahimi Ismail, sebelum cadangan dikemukakan kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail untuk mendapat perkenan.

“Proses pelantikan baharu ini akan mengambil sedikit masa, namun buat masa ini, exco sedia ada akan bertindak sebagai ‘caretaker’ bagi sebarang urusan yang boleh dihadiri. Insya-Allah, saya fikir dalam tempoh dua minggu kita akan menyelesaikannya. Sama ada berlaku pertambahan atau pengurangan, kita juga akan mengambil kira bajet dan beberapa faktor lain,” katanya.

Abu Bakar menekankan bahawa pelantikan exco baharu itu akan memastikan kepimpinan kedua-dua parti (BERSATU dan PAS) dapat diimbangi, serta pentadbiran kerajaan berjalan secara harmoni dan berkesan.

Beliau berkata demikian selepas sesi ‘clock-in’ pada hari pertama bertugas di Pejabat Menteri Besar, Kompleks Seri Putra hari ini.

Menurut Abu Bakar, walaupun Perlis mempunyai sumber pendapatan yang terhad, negeri ini masih mampu bergerak ke arah pembangunan yang lebih seimbang menerusi pendekatan ‘3B’ – Bangkit, Berdaya Tangkas, dan Buat.

“Perlis perlu bangkit daripada tidur, kelemahan dan kemalasan. Inilah yang saya tekankan kepada diri sendiri dan semua penjawat awam,” katanya.

Dalam langkah menunjukkan solidariti bersama rakyat, Abu Bakar turut mengumumkan pemotongan gaji bagi dirinya dan barisan exco. Menteri Besar mengambil potongan sebanyak RM3,000 sebulan, manakala setiap ahli exco pula mengalami pengurangan sebanyak RM1,500 sebulan.

“Terdapat rakyat di negeri ini yang bergelut memperoleh pendapatan walaupun RM500 sebulan. Saya mengambil potongan gaji ini secara sukarela supaya rakyat dapat melihat bahawa kami bersama mereka,” ujarnya.

BACA JUGA:  BN yakin raih kemenangan di Ayer Kuning – Wan Rosdy
Deepa
Deepa
deepa@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...