BN yakin raih kemenangan di Ayer Kuning – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) optimis akan meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang berlangsung hari ini.

Keyakinan itu disuarakan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, yang menyifatkan semangat dan kerja keras jentera parti sebagai lanjutan daripada prestasi cemerlang Allahyarham Ishsam Shahruddin, penyandang kerusi berkenaan sebelum ini.

“Insya-Allah melihat kepada jentera kita, usaha kuat dari mula, dan ini adalah kesinambungan Allahyarham YB Ishsam yang telah menunjukkan kerja yang baik.

“Saya percaya pengundi di Ayer Kuning akan memilih calon daripada BN. Ia akan memudahkan wakil rakyat yang dipilih nanti untuk menyampaikan masalah-masalah mereka kepada Kerajaan Negeri,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 anjuran Persatuan Anak-Anak Pahang (PEKAP) di Dewan Perdana Felda, malam tadi.

Wan Rosdy yang turut turun padang berkempen di Ayer Kuning, berkata beliau melihat ‘mood’ pengundi di kawasan tersebut amat positif dan menunjukkan kesediaan untuk terus bersama kerajaan.

“Jentera kita pun bekerja kuat. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada jentera parti.

“Sebaik sahaja ketiadaan Allahyarham Ishsam, jentera kita telah pun turun padang untuk memastikan pengundi-pengundi mendapat maklumat yang betul serta tidak dikelirukan oleh persepsi dan mainan pihak pembangkang,” tambahnya.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kekosongan kerusi selepas penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin, meninggal dunia pada bulan lalu.

BACA JUGA:  Tujuh kawasan di Semenanjung, Sabah berdepan ribut petir hingga petang ini
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...