PRK Kinabatangan: Tiga penjuru BN, Warisan dan Bebas, Lamag ‘satu lawan satu’

KINABATANGAN – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan calon bebas, manakala PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pula berlangsung dalam saingan ‘satu lawan satu’.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, bagi Parlimen Kinabatangan, tiga calon yang mengemukakan kertas penamaan ialah Naim Moktar mewakili BN, Datuk Saddi Abdu Rahman (Warisan) dan Goldam H. Salangah sebagai calon Bebas.

“Bagi DUN Lamag pula, pertandingan melibatkan Mohd Ismail Ayob atau Miha daripada BN dan Mazliwati Abd Malek yang mewakili Warisan,” katanya.

Menurut beliau, tempoh berkempen bermula sejurus pengisytiharan pilihan raya dipertandingkan oleh Pegawai Pengurus dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 23 Januari 2026.

Dalam pada itu, SPR telah menubuhkan empat Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) bagi memantau semua aktiviti kempen calon-calon yang bertanding sepanjang tempoh berkempen.

“Seramai 39 orang pemerhati pilihan raya daripada sembilan organisasi turut mengambil bahagian dalam PRK Parlimen Kinabatangan dan PRK DUN Lamag,” jelasnya.

Terdahulu, proses penamaan calon bagi kedua-dua PRK berjalan lancar tanpa sebarang insiden, dan tiada calon lain mengemukakan kertas pencalonan sebelum tempoh penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi.

SPR menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua PRK pada 24 Januari 2026, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 20 Januari.

BACA JUGA:  Pemuda UMNO anjur konvensyen khas, buka ruang ahli suarakan hala tuju parti
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...