Pelajar UPSI lemas cuba selamatkan rakan di Air Terjun Kedondong

BATANG KALI – Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba menyelamatkan rakannya di kawasan Air Terjun Kedondong, di sini, petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.46 petang.

Menurut beliau, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat.

“Mangsa, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an, berada di lokasi kejadian bersama lima rakannya. Saksi kejadian memaklumkan mangsa cuba menyelamatkan rakannya sebelum dihanyutkan arus deras,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ahmad Mukhlis berkata, operasi mencari dan menyelamat menemukan mangsa kira-kira 10 meter dari lokasi kejadian sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau turut memaklumkan rakan mangsa yang terlibat dalam insiden itu berjaya diselamatkan, manakala mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dan mematuhi langkah keselamatan ketika beriadah di kawasan air terjun, terutama ketika cuaca tidak menentu dan arus deras.

BACA JUGA:  Raja Permaisuri Agong ziarah pusara Koperal Muhammad Faizal
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...