Raja Permaisuri Agong ziarah pusara Koperal Muhammad Faizal

KUALA LUMPUR – Keprihatinan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, jelas terpancar apabila berkenan berangkat menziarahi pusara Allahyarham Koperal Muhammad Faizal Abd Razak, 32, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuantan, di sini hari ini.

Allahyarham yang bertugas sebagai anggota Pengiring Bermotosikal Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Istana Negara pada 2 September lalu. Beliau meninggalkan seorang balu serta tiga orang anak.

Sejurus menziarahi pusara, Seri Paduka Baginda turut berkenan mengunjungi kediaman keluarga Allahyarham di Desa Alam Ria, Batang Kali, bagi menyantuni balu Allahyarham, Puan Noratiqah Mohamad Sayuti, serta anak-anaknya.

Dalam kunjungan itu, Seri Paduka Baginda berkenan menghadiri majlis bacaan tahlil dan doa khas untuk Allahyarham, selain mengurniakan sumbangan kepada balu arwah serta menzahirkan ucapan takziah dan kata-kata semangat kepada ahli keluarga.

Keprihatinan itu turut dizahirkan melalui Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor yang menyumbangkan bantuan tunai, barangan peralatan sekolah dan set kelengkapan bayi.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Puan Sri Datin Datuk Dr Hajah Noor Azizah Abdul Latif, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara serta pegawai-pegawai kanan Istana Negara.

BACA JUGA:  Kes Zara Qairina: Inkues akan ditentukan hari ini
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...