Banjir Hatyai: Pelajar UUM terkandas terpaksa makan bubur akibat bekalan terhad

KONGSI

HATYAI – Seramai 40 pelajar dan kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang masih terkandas di Hatyai dilaporkan hanya mampu makan bubur nasi berikutan bekalan makanan yang semakin berkurangan.

Dalam situasi genting itu, mereka terpaksa berkongsi makanan yang ada dan meneguk air kosong untuk mengalas perut. Lebih membimbangkan, seorang pelajar yang menghidap talasemia dikatakan telah kehabisan ubat dan suplemen.

Selain kekurangan makanan, mereka juga terpaksa menghadapi ketiadaan bekalan elektrik, liputan internet yang kerap terputus, dan bergantung kepada air hujan untuk mandi.

ARTIKEL BERKAITAN