[VIDEO] Bergurau ketika solat, penghadang masjid tumbang hempap kanak-kanak

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial sebuah video memaparkan kejadian malang menimpa seorang kanak-kanak yang dihempap penghadang jemaah di sebuah masjid, dipercayai berlaku ketika waktu solat.

Menerusi video asal yang dimuat naik oleh Mhd Sofyan Nasution di Facebook, insiden itu dilaporkan berlaku pada 26 Januari lalu kira-kira jam 6.22 petang.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan menunjukkan para jemaah sedang menunaikan solat, manakala beberapa kanak-kanak kelihatan berlari-lari di sekitar ruang solat.

Pada masa yang sama, kamera turut merakam dua jemaah wanita di bahagian ruang wanita yang memakai telekung berwarna hijau dan putih, dilihat saling menolak antara satu sama lain dan dipercayai sedang bergurau.

Kejadian malang itu dipercayai berlaku apabila salah seorang daripada jemaah wanita tersebut secara tidak sengaja menolak penghadang yang memisahkan ruang solat lelaki dan wanita, sebelum struktur berkenaan tumbang lalu menghempap seorang kanak-kanak yang kebetulan melintas di kawasan tersebut.

Beberapa jemaah lain yang menyedari kejadian itu segera mengangkat penghadang berkenaan sebelum mendapati kanak-kanak tersebut dalam keadaan tidak bermaya dan kelihatan lemah longlai.

Seorang lelaki berbaju merah kemudian dilihat mengangkat kanak-kanak tersebut untuk dibawa keluar dari kawasan berkenaan. Bagaimanapun, dua individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu dilihat meneruskan solat seperti biasa.

Setakat ini, lokasi sebenar kejadian serta keadaan terkini kanak-kanak tersebut masih belum dapat dipastikan.

Video berkenaan mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna media sosial yang mengecam tindakan individu terbabit kerana didakwa cuai sehingga membahayakan keselamatan kanak-kanak.

BACA JUGA:  Wanita Malaysia jadi hero, dedah trik timbangan penjual Vietnam

“Apa bendalah dah besar pun masih bergurau ketika solat. Lepas dah langgar, minta maaf pun tak ada. Teruskan solat macam tiada apa berlaku. Kasihan budak itu,” tulis seorang pengguna, Shazlin.

Seorang lagi pengguna, Yana, turut meluahkan kebimbangan.

“Kesian tengok budak itu, terus nampak lemah longlai. Harap-harap tiada kecederaan serius.”

Lukhman Razif
Lukhman Razif
lukhman@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...