Video lucah didakwa mirip penyanyi BBNU lelaki tular

KUALA LUMPUR – Laman media sosial hari ini kecoh selepas sebuah video lucah yang didakwa mirip seorang penyanyi BBNU lelaki bersama seorang wanita tersebar di platform X.

Dalam rakaman berdurasi satu minit sembilan saat itu, seorang lelaki yang dikatakan menyerupai penyanyi berkenaan dilihat dalam keadaan tidak berpakaian dan melakukan aksi tidak senonoh, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Hasil pemerhatian MYBERITA mendapati video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna X sebelum diulang siar lebih 2,100 kali dalam tempoh singkat, sekali gus mengundang perdebatan hangat dalam ruangan komen.

Dalam pada itu, sebahagian netizen meluahkan rasa kecewa dan terkejut sekiranya dakwaan tersebut benar, manakala ada juga yang mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang kesimpulan tanpa pengesahan rasmi daripada pihak terlibat.

Tinjauan MYBERITA di ruangan komen akaun media sosial penyanyi berkenaan turut mendapati ramai netizen meninggalkan pelbagai komen, termasuk desakan supaya individu terbabit tampil memberikan penjelasan bagi meredakan spekulasi.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh penyanyi berkenaan berhubung penularan video tersebut, dan kesahihan rakaman berkenaan masih belum dapat dipastikan.

Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak menyebarkan kandungan berunsur lucah kerana perbuatan itu boleh mengundang implikasi undang-undang, selain menghormati privasi semua pihak sementara menunggu penjelasan lanjut.

BACA JUGA:  “Nak jadi model minat saja tak cukup, ilmu itu penting” – Loy
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...