Caprice hulur bunga mawar, mahu berdamai dengan Rafizi?

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap dan pempengaruh, Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice, hari ini menyatakan kesediaannya untuk berdamai dengan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, susulan isu rasuah yang tular di media sosial.

Dalam satu sidang akhbar, Caprice turut menghadiahkan sejambak bunga mawar sebagai tanda permohonan maaf serta menegaskan beliau tidak mahu memanjangkan lagi persengketaan tersebut.

“Saya menghulurkan tangan kepada Rafizi. Kalau Rafizi sudi, Cap sedia untuk berdamai. Saya belikan anda bunga hari ini, bunga ini mungkin tahan sekitar tujuh hari sebelum layu. Jadi, saya harap dalam masa tujuh hari ini, kita dapatlah berdamai. Saya juga meminta maaf dan jangan saman saya. Kami hanya tanya soalan yang bagi Cap, soalan relevan,” kata Caprice pada sidang akhbar itu.

Mengulas lanjut, Caprice berkata beliau sebelum ini tidak pernah mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak.

Bagaimanapun, hari ini melalui peguamnya, beliau telah menghantar notis tuntutan kepada Rafizi supaya menarik balik hantaran dibuatnya, menghentikan segala kenyataan fitnah, dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Caprice memberi tempoh kepada Ahli Parlimen Pandan itu sehingga jam 5 petang esok untuk mematuhi notis tuntutan tersebut. Sekiranya gagal, tindakan undang-undang akan diteruskan.

Sebelum ini, Rafizi memberi amaran akan memfailkan saman terhadap Caprice sekiranya tiada permohonan maaf dibuat selepas fakta sebenar dibentangkan. Rafizi menafikan sebarang keterlibatan dalam kes rasuah berjumlah RM2.5 bilion yang dikaitkan dengan penganugerahan kontrak kepada sebuah syarikat, dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang dijaja oleh Caprice.

BACA JUGA:  Rafizi cadang pelajar tamat sekolah pada umur 16 tahun
Wani Adawiyah
Wani Adawiyah
waniadawiyah@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...