Dr. Sam dilantik pengerusi baharu Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin timbalan pengerusi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai Pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa serta-merta dalam Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi gabungan itu, hari ini.

Menurut kenyataan media Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di laman media sosial, pelantikan itu dibuat sebulat suara selepas mesyuarat meluluskan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

Mesyuarat yang dihadiri semua ahli Majlis Tertinggi termasuk empat Presiden parti komponen iaitu Muhyiddin (Bersatu), Tan Sri Abdul Hadi Awang (Pas), Datuk Dr. Dominic Lau (Gerakan) dan P. Punithan (MIPP), menumpukan agenda utama untuk meluluskan peletakan jawatan Muhyiddin serta melantik pengerusi baharu.

“Mesyuarat seterusnya dengan sebulat suara melantik Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN yang baharu berkuat kuasa serta-merta,” kata Abdul Hadi.

Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PN selepas Ahmad Samsuri mengambil alih jawatan Pengerusi gabungan.

Menurut Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Timbalan Pengerusi lain kekal dengan jawatan masing-masing, kecuali Presiden PAS yang tidak mengekalkan jawatannya dalam Majlis Tertinggi PN dan hanya kekal dalam Majlis Presiden.

Takiyuddin menjelaskan bahawa sesiapa sahaja daripada PN boleh dilantik sebagai Pengerusi menurut Perlembagaan PN.

“PAS berpandangan kelebihan ada pada Ahmad Samsuri kerana beliau Menteri Besar Terengganu dua penggal dan berjaya memenangi semua kerusi atas tiket PN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 dan Pilihan Raya Negeri Terengganu,” katanya.

BACA JUGA:  Tragedi UPSI: Mayat 13 mangsa nahas dibawa ke hospital Ipoh, dua lagi di hospital Gerik
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...