“Sediakan payung sebelum hujan…”, Sultan Selangor seru rakyat waspada berbelanja

SHAH ALAM – Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru rakyat supaya lebih berwaspada dalam perbelanjaan serta bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, khususnya dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.

Baginda bertitah, sambutan Syawal seharusnya diraikan dengan penuh kesyukuran, kegembiraan dan semangat ukhuwah selepas sebulan umat Islam menjalani ibadah puasa.

Namun, menurut baginda, perkembangan global termasuk konflik dan peperangan di beberapa wilayah dunia memberi kesan besar, sekali gus menuntut rakyat untuk lebih bersedia dari segi kewangan.

“Justeru, ke arah mendepani sebarang ketidaktentuan terutama impak ekonomi, Beta menyeru rakyat bersedia apa jua kemungkinan termasuk berhati-hati berbelanja, bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan,” titah baginda dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Alam Shah hari ini.

Dalam masa sama, baginda mengingatkan umat Islam agar sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan, namun tidak leka atau lalai dalam menghadapi cabaran semasa.

Baginda turut menekankan kepentingan memperkukuh kesatuan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat, selain mengelakkan sebarang pertelingkahan yang boleh menjejaskan keharmonian.

“Beta mahu kita terus memperkukuh kesatuan dan perpaduan serta menjadikan apa yang berlaku di luar sana sebagai pedoman dan pengajaran,” titah baginda.

Pada akhir titah, baginda turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Selangor dan Malaysia, sambil berharap sambutan tersebut membawa keberkatan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam masyarakat. – MYBERITA

BACA JUGA:  Tol diskaun 50% sempena Aidilfitri untuk rakyat balik kampung
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...