Hawa Rizwana harungi Via Ferrata tertinggi dunia

KUALA LUMPUR – Pengacara terkenal, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan mencipta sejarah peribadi apabila berjaya menakluk laluan Via Ferrata tertinggi di dunia di Gunung Kinabalu.

Cabaran ekstrem itu bukan sesuatu yang mudah apabila peserta perlu melalui laluan curam menggunakan tali keselamatan, tangga besi serta jambatan gantung pada ketinggian antara 3,520 meter hingga 3,776 meter dari aras laut.

Menerusi perkongsian video di Instagram, pengacara program MeleTOP itu memaparkan detik-detik mencabar termasuk keberaniannya melintasi jambatan gantung dan meniti palang besi di lereng gunung.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen dan rakan artis yang kagum dengan ketabahan wanita berusia 30 tahun itu.

Antara yang meninggalkan komen ialah Fakhrul UNIC yang berseloroh, “Powerlah, jangan lupa jalan turun,” manakala Bella Dally turut memuji keberaniannya dengan gaya bersahaja.

Dalam masa sama, peminat turut menyifatkan Hawa sebagai inspirasi kepada wanita lain untuk mencabar diri dalam aktiviti lasak.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Hawa menyertai aktiviti mencabar. Sebelum ini, beliau pernah terlibat dalam pelbagai aktiviti lasak termasuk selam skuba, berbasikal, mendaki, kickboxing dan menyertai acara maraton. – MYBERITA

BACA JUGA:  CEO Batu bebas dengan jaminan
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...