Aksi ‘mat rempit’ di LTSIP Kota Bharu memalukan – Anthony Loke

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyifatkan tindakan sekumpulan mat rempit melakukan aksi berbahaya di hadapan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa, Kota Bharu sebagai menyedihkan dan memalukan.

Menurutnya, kerajaan Persekutuan telah membelanjakan hampir RM450 juta bagi menaik taraf lapangan terbang tersebut demi memastikan kemudahan perjalanan udara yang lebih baik kepada rakyat Kelantan.

“Pelaburan itu bertujuan menjadi pemangkin pembangunan sosioekonomi negeri serta menarik lebih ramai pelancong ke Kelantan.

“Kelakuan golongan mat rempit di hadapan balai pelepasan terminal baharu bukan sahaja membahayakan nyawa orang ramai yang menggunakan lapangan terbang tersebut, malah boleh dianggap sebagai satu bentuk sabotaj terhadap keselamatan dan ekonomi negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan insiden itu, beliau telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan operasi penguatkuasaan secara besar-besaran di kawasan berkenaan.

Tegasnya, individu yang didapati melakukan aktiviti merempit di hadapan lapangan terbang akan dikenakan tindakan tegas termasuk penyitaan motosikal serta-merta.

@kacakasal495

Gapo dio ni??? Siap duk main rem lagi.G mari lawan arus.Langkah awal kena diambil ni oleh pihak pengurusan takut koho paroks. #airportkotabharu #report #pdrm #viral

♬ Breaking News – Voxie

Dalam masa sama, beliau turut meminta Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memperketatkan kawalan laluan masuk dan keluar ke bangunan terminal bagi membendung gejala tersebut daripada terus berulang.

Terdahulu, balai pelepasan di terminal baharu LTSIP yang kurang sebulan beroperasi sepenuhnya dilaporkan dijadikan litar lumba oleh sekumpulan mat rempit, dengan aktiviti tersebut berlaku sejak Ramadan lalu sebelum tular di media sosial pada Jumaat malam. –MYBERITA

BACA JUGA:  Pakai tali pinggang keledar atau kena tindakan saman - JPJ
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...