Tak guna khidmat ‘catering’, lelaki gigih masak 11 menu untuk rumah terbuka

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mencuri perhatian ramai apabila menyediakan sendiri sebanyak 11 menu hidangan untuk menjamu tetamu yang hadir ke rumahnya sempena majlis bacaan Yasin dan rumah terbuka di sini.

Menerusi perkongsian di Threads, lelaki dikenali sebagai Fikri Akram menunjukkan proses penyediaan pelbagai juadah yang dimasak sendiri bermula daripada pencuci mulut hingga ke hidangan utama.

Antara menu yang disediakan termasuk Victoria Sandwich, brownies, tiramisu, burnt cheesecake, sagu gula Melaka, talam ubi kayu, nona manis, kuih kaswi gula Melaka, roti jala bersama kuah kari, nasi tomato dengan ayam masak merah serta bakso.

Menurut Fikri, walaupun pelbagai hidangan disediakan, proses tersebut dilakukan dengan bantuan adik iparnya selain menekankan kepentingan pengurusan masa dan perancangan yang rapi.

Katanya, semua persiapan dilakukan dalam tempoh sehari sebelum majlis berlangsung dan ia memerlukan kerjasama bagi memastikan setiap hidangan dapat disiapkan dengan sempurna.

“Alhamdulillah, siap semuanya. Menu di atas meja kena susun elok. Penat memang penat, tapi bila dapat kongsi rezeki dengan orang, rasa itu bertukar jadi bahagia,” katanya.

Tambahnya, perancangan awal amat penting terutama apabila menyediakan hidangan dalam jumlah yang banyak bagi memastikan kelancaran majlis.

View on Threads

Di ruangan komen, ramai pengguna meluahkan rasa kagum terhadap kebolehannya menyediakan pelbagai juadah sendiri selain menyifatkan ia sesuatu yang memerlukan tenaga dan disiplin tinggi.

Rata-rata turut mengakui kebiasaannya mereka akan memilih perkhidmatan katering sekiranya melibatkan jumlah tetamu yang ramai. –MYBERITA

BACA JUGA:  Lepas Walid \'mendunia, anak lelaki Faizal Hussein pula jadi rebutan netizen Indonesia
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...