Sahut cabaran TokTi, pemuda lari 8KM seawal subuh

KUALA LUMPUR – Seorang pemuda lelaki membuktikan kata-katanya bukan sekadar janji kosong apabila sanggup melakukan larian sejauh 8 kilometer (km) seawal pukul 5.30 pagi demi menyahut cabaran penyanyi tersohor, Siti Nurhaliza, hari ini.

Terdahulu, dalam satu hantaran di media sosial, pemuda dikenali sebagai Lutfillehadi berjanji akan melakukan larian sejauh 5km sekiranya mendapat respons daripada penyanyi berkenaan. Namun, perkara di luar jangka berlaku apabila Siti bukan sahaja membalas hantaran tersebut, malah mencabar untuk meningkatkan jarak larian kepada 8km.

“Naik sikit 8km, tunjuk video. Pukul 5.30 pagi tau, bukan pukul 5.30 petang,” tulisnya secara berseloroh.

Menyahut cabaran itu, Lutfil memulakan lariannya tepat pada waktu yang ditetapkan. Menerusi satu video yang dimuat naik di platform Threads, dia turut berkongsi detik awal sebelum memulakan larian tersebut.

“Sekarang pukul 5.30 pagi tepat, tak percaya yang TokTi suruh aku lari 8km. Ikutkan aku sampai 5km sahaja,” katanya.

Walaupun berdepan cabaran yang lebih besar daripada jangkaan asal, pemuda itu berjaya menamatkan larian sejauh 8km dalam tempoh 1 jam 10 minit.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna memuji kegigihan dan disiplin yang ditunjukkan oleh Lutfil, malah menganggapnya sebagai contoh positif dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

“Dia buat betul-betul, tahniah. Boleh jadi contoh buat peminat lain untuk amalkan gaya hidup sihat dan aktif,” kata seorang pengguna.

Seorang lagi pengguna turut berseloroh, “Amboi, Datuk Siti minta 8km, laju sahaja buat. Cuba kalau isteri minta buang sampah.”

Perkongsian tersebut kini tular dan terus mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya terhibur serta kagum dengan semangat yang ditunjukkan pemuda berkenaan.

BACA JUGA:  “Saya rasa diterima,” pelajar baharu USM syukur hari interaksi bantu suaikan diri
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...