‘Photoshoot’ pengantin lewat malam guna mercun, penduduk dakwa terganggu

KUALA LUMPUR – Tindakan sekumpulan individu memasang mercun pada lewat malam dipercayai bagi tujuan sesi fotografi perkahwinan mengundang rasa kurang senang dalam kalangan penduduk di sebuah kawasan apartmen di Setia Alam, baru-baru ini.

Menurut satu rakaman tular, seorang pengguna @hunnyrara berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 12.50 tengah malam di kawasan parkir berhampiran apartmen berkenaan, sekali gus mengganggu ketenteraman penduduk yang sedang berehat.

Katanya, bunyi mercun dan bunga api yang kuat turut menjejaskan tidur anak kecil serta penghuni lain di kawasan tersebut.

“Main mercun pagi buta pukul 12.50 tengah malam buat photoshoot kahwin. Anak nak tidur,” katanya. 

Lebih mengecewakan, wanita itu mendakwa gangguan sama berulang pada malam berikutnya sekitar pukul 2 pagi, menyebabkan penduduk sekali lagi terkejut dan terganggu.

“Gangguan bunyi mercun pukul 2 pagi buat kali kedua. Mohon pihak berkenaan ambil tindakan tegas kerana ia jelas mengganggu ketenteraman penduduk,” katanya.

View on Threads

Susulan itu, rata-rata penduduk berharap agar semua pihak lebih bertanggungjawab serta peka terhadap sensitiviti komuniti setempat bagi mengelakkan kejadian sama berulang. -MYBERITA

BACA JUGA:  Marissa Dania mohon ruang, sahkan hubungan menuju perpisahan
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

PPIP FC pertahan kejuaraan, unggul julang piala SCC 2026

GEORGE TOWN - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan FC (PPIP...

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...