Artis jangan jadi ‘Pak Turut’ – Norman KRU

PUTRAJAYA – Golongan artis di Malaysia disaran supaya lebih berani mengambil peranan dalam menentukan struktur pendapatan mereka dengan tidak terlalu bergantung kepada penganjur konsert semata-mata, khususnya dalam isu pembayaran yang sering menjadi pertikaian.

Anggota KRU, Datuk Norman Abdul Halim, berkata artis yang sudah mempunyai nama besar serta pengaruh dalam industri seharusnya mempertimbangkan kaedah perkongsian pendapatan kasar atau gross revenue share bagi mengurangkan risiko ditipu atau gagal menerima bayaran.

Menurutnya, pendekatan tersebut lebih telus berbanding kaedah perkongsian keuntungan kerana artis tidak perlu terdedah kepada manipulasi kos yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

“Artis yang yakin dengan tarikan penonton mereka patut bekerjasama dengan promoter melalui sistem gross revenue share. Jangan guna profit share sebab kita tak boleh kawal kos yang dimasukkan oleh penganjur.”

“Bila kita ambil kira jualan tiket kasar, ia lebih jelas dan risiko tidak dibayar dapat dikurangkan,” katanya ketika ditemui pada Sidang Media Pengumuman Rakan Strategik Anugerah Kreatif Aspirasi (REKA) di Wetland Studios Putrajaya, semalam.

Norman menjelaskan, konsep tersebut hampir sama seperti industri perfileman di mana kutipan tiket dikongsi antara pihak penerbit dan pawagam tanpa perlu bayaran pendahuluan yang besar.

Beliau turut menegaskan bahawa artis tidak perlu terbeban dengan tanggungjawab sebagai penganjur kerana aspek teknikal, logistik dan permit sebaiknya diuruskan oleh promoter profesional.

“Kalau artis jadi promoter, banyak perkara perlu difikirkan seperti pemasaran, keselamatan dan operasi. Lebih baik serahkan kepada pihak yang pakar, tetapi artis masih perlu ada kawalan terhadap pendapatan mereka.”

“Artis ada aset mereka sendiri iaitu nama, lagu dan pengaruh di media sosial, jadi mereka ada kuasa untuk berunding,” katanya.

Tambahnya, artis juga perlu lebih aktif dalam mempromosikan konsert dan tidak menyerahkan sepenuhnya tugas pemasaran kepada penganjur semata-mata.

BACA JUGA:  Isteri Fikry Ibrahim fail cerai, dakwa tiada persefahaman

“Artis perlu faham potensi pasaran sendiri. Kiraan pendapatan kasar sebenarnya mudah berdasarkan kapasiti tempat duduk, sama ada kecil atau besar.”

“Dengan cara ini, artis boleh lebih mengawal nasib mereka dan isu tidak dibayar dapat dielakkan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Yayasan KRU turut melancarkan program seni baharu berimpak tinggi, Anugerah Kreatif Aspirasi Akar 2026 (AKAR 2026) yang menyasarkan penyertaan kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sumaiyah Safiah
Sumaiyah Safiah
saf@portalmyberita.com

TRENDING

Sambutan HAWANA 2026 angkat tema ‘Media Berintegriti, Teras Kredibiliti’ di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR - Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026...

Pelakon Jalil Hamid meninggal dunia

KUALA LUMPUR - Dunia seni tanah air dikejutkan dengan...

Anak Nana Mahazan, Althea peserta pertama tersingkir minggu ketiga TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan seni penyanyi muda, Althea bersama...

Jangan sekadar statistik, pendidikan perlu ada hasil – Zambry

KUALA LUMPUR - Kongres Pendidikan Bumiputera tampil dengan pendekatan...

Agong, Raja Permaisuri seru kebajikan pekerja terus diperkasa

KUALA LUMPUR - Sultan Ibrahim bersama Raja Zarith Sofiah...