Selasa, 28 Julai 2026
spot_img
NasionalAvatar PMX AI dalam proses penambahbaikan - Anwar

Avatar PMX AI dalam proses penambahbaikan – Anwar

CYBERJAYA – Inisiatif avatar berasaskan kecerdasan buatan (AI) di platform WhatsApp Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai PMX AI kini sedang menjalani proses penambahbaikan selepas diturunkan tidak lama selepas dilancarkan kepada umum.

Datuk Seri Anwar berkata, pihaknya masih mengusahakan inisiatif berkenaan yang ketika ini berada pada peringkat penambahbaikan.

“Kami masih mengusahakannya. Saya cuma baru cuba,” katanya.

PMX AI yang mula dibuka kepada orang ramai pada 18 Julai lalu bagaimanapun telah diturunkan tidak lama selepas pelancarannya.

Avatar berasaskan AI itu membolehkan pengguna berkongsi pandangan, kebimbangan dan aspirasi mereka secara langsung menerusi platform WhatsApp.

Sebelum ini, Anwar menyifatkan PMX AI sebagai “kembar digital” beliau yang diwujudkan bagi memudahkan interaksi antara pemimpin dan rakyat melalui teknologi kecerdasan buatan.

-Iklan-
ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-