Penutup sempurna Chiao Huey, UPM rangkul emas bola tampar wanita SUKIPT

0
124

KUALA LUMPUR – “Sejak saya masuk UPM, saya tidak pernah kalah.”

Itu luahan penuh makna pemain bola tampar wanita Universiti Putra Malaysia (UPM), Goh Chiao Huey selepas menutup penampilan terakhirnya di Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) dengan membantu pasukannya muncul juara edisi 2026, hari ini.

UPM memastikan pingat emas menjadi milik mereka selepas menundukkan Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT) 2-0 dalam aksi final yang menyaksikan Chiao Huey dan rakan sepasukannya terpaksa menyerap tekanan sebelum menguasai permainan.