\”Tiada kaitan dengan Fattah\”, Erma Fatima nafi watak Ansara berdasarkan realiti

SHAH ALAM – Penerbit dan penulis skrip drama Keluarga Itu, Erma Fatima menegaskan bahawa watak ‘Ansara’ yang dilakonkan oleh Fattah Amin tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kehidupan sebenar pelakon tersebut.

Menurut Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 57, skrip drama itu telah disiapkan lebih awal, sebelum berlaku kemelut rumah tangga antara Fattah dan bekas isterinya, Nur Fazura.

\”Saya tulis skrip cerita itu sebelum dia dan Fazura bercerai, jadi jangan buat spekulasi.\”

Jelasnya lagi, watak tersebut telah ditawarkan kepada Fattah sebelum perpisahan pasangan itu berlaku.

\”Jelas di sini, tiada kena mengena dengan kehidupan sebenar dia. Tiada kaitan dengan kisah hidup Fattah.\”

Mengulas tentang keberkesanan lakonan Fattah yang menyentuh hati penonton, Erma berpandangan bahawa pelakon itu berjaya menghidupkan wataknya dengan baik.

\”Mungkin dia dapat menjiwai watak tersebut kerana ketika itu rumah tangganya sedang bergolak.\”

Sebelum ini, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin tidak menafikan bahawa terdapat sedikit persamaan antara watak yang dilakonkan dengan kehidupannya.

Namun, sebagai seorang pelakon profesional, dia hanya melaksanakan tanggungjawab berdasarkan arahan pengarah dan skrip yang diberikan.

BACA JUGA:  Pemandu bas dipukul selepas kemalangan
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...