Pencarian MH370 sambung hujung tahun ini

SEPANG – Pencarian bangkai pesawat MH370 akan disambung semula selepas kerajaan Malaysia mencapai persetujuan dengan syarikat Ocean Infinity dari United Kingdom.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengesahkan bahawa perjanjian berhubung pencarian pesawat Malaysia Airlines yang hilang pada 2014 itu telah dimeterai minggu lalu.

Bagaimanapun, operasi pencarian kini ditangguhkan berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan dan dijangka diteruskan semula pada hujung tahun ini.

“Buat masa ini, pencarian terpaksa dihentikan kerana faktor cuaca.
Namun, ia akan disambung semula apabila keadaan lebih sesuai,” katanya.

Beliau turut mengulas pengumuman oleh Persatuan Ahli Keluarga Penumpang dan Anak Kapal MH370 yang menyatakan pencarian telah ditangguhkan sehingga musim panas akan datang di Hemisfera Selatan.

Pencarian ini dijalankan berdasarkan prinsip \”no find, no fee\”, bermakna Malaysia hanya akan membayar Ocean Infinity sebanyak USD70 juta sekiranya bangkai pesawat itu berjaya ditemukan.

Ocean Infinity sebelum ini telah terlibat dalam pencarian MH370 sejak Januari 2018, meliputi kawasan seluas 112,000 kilometer persegi di Lautan Hindi sebelum menamatkan misi pada Mei tahun yang sama.

Pesawat MH370 hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 239 penumpang dan anak kapal.

BACA JUGA:  Anggota tentera tumbuk wanita bebas jaminan polis
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...

Pemandu van didakwa pandu melulu hingga ragut nyawa kanak-kanak mengaku tidak bersalah

BATU PAHAT - Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah...

Pelajar tingkatan empat maut disyaki terkena renjatan elektrik ketika ambil wuduk

MUKAH - Seorang pelajar Tingkatan Empat maut manakala seorang...