Jumaat, 17 Julai 2026
spot_img
Main Menu MYBERITA
NasionalAgong terima menghadap PM Anwar di Istana Negara pagi ini

Agong terima menghadap PM Anwar di Istana Negara pagi ini

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara pagi ini.

Menerusi catatan di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, kebiasaannya hari Ahad menjadi waktu untuk berehat, namun Seri Paduka Baginda tetap menjalankan tugas rasmi pagi ini di Istana Negara.

Seawal jam 7 pagi, Baginda telah menerima mengadap pegawai-pegawai kanan Istana Negara sebagai sebahagian daripada urusan rasmi.

-Iklan-
ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-