Cuti Aidilfitri jadi punca lonjakan kes HFMD

GEORGE TOWN – Pulau Pinang mencatatkan peningkatan mendadak kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dengan 579 kes baharu dilaporkan pada minggu epidemiologi ke-15 (6 hingga 12 April), berbanding hanya 226 kes pada minggu sebelumnya.

Exco Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi berkata peningkatan sebanyak 156.2 peratus itu dipercayai berpunca daripada sambutan cuti perayaan Aidilfitri baru-baru ini.

“Dalam tempoh tersebut, empat kluster baharu turut dikesan. Bagaimanapun, semua kes adalah ringan dan hanya memerlukan rawatan sebagai pesakit luar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, sehingga 12 April lalu, tiada kes serius dilaporkan yang memerlukan rawatan intensif.

Secara keseluruhan, Pulau Pinang telah merekodkan sebanyak 4,585 kes kumulatif HFMD setakat ini, berbanding hanya 879 kes dalam tempoh sama pada tahun lalu.

Seberang Perai Tengah merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 1,362 kes, diikuti Seberang Perai Selatan (884), Timur Laut (852), Barat Daya (845) dan Seberang Perai Utara (642).

Pihak berkuasa kesihatan menyeru orang ramai, terutamanya ibu bapa dan penjaga, supaya meningkatkan langkah pencegahan serta memastikan tahap kebersihan kekal terjaga bagi membendung penularan jangkitan.

BACA JUGA:  Faye Kusairi reda kereta hancur dihempap bumbung balkoni
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...