Ben Ladin dedah adik tak sekolah, luah kecewa penjaga gagal jalankan tanggungjawab

KUALA LUMPUR – Kemelut yang melanda keluarga penyanyi, Ben Ladin, nampaknya belum menemui titik noktah apabila beliau sekali lagi meluahkan rasa kecewa terhadap nasib dua orang adiknya yang didakwa tidak bersekolah.

Ben Ladin atau nama sebenarnya Muhammad Benladin, 24, berkata, kedua-dua adiknya yang masing-masing berusia 12 dan lapan tahun didakwa tidak menerima pendidikan sewajarnya akibat pengabaian oleh pihak yang sepatutnya menjaga mereka.

“Sampai hari ini aku dapat tahu adik aku tak sekolah. Seorang dah 12 tahun, seorang lagi lapan tahun,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Lebih menyedihkan, Ben mendedahkan bahawa dia pernah meninggalkan sebuah kereta dengan harapan ia dapat digunakan bagi menghantar adik-adiknya ke sekolah. Namun, kenderaan tersebut kini didapati dalam keadaan rosak, cukai jalan tamat tempoh, dan mempunyai pelbagai saman tertunggak.

“Kereta aku tak pernah tuntut sebelum ini fikirkan adik-adik nak sekolah. Roadtax mati, saman berlambak. Kereta hancur,” ujarnya.

Penyanyi yang pernah mencipta fenomena menerusi lagu Hikayat Benladin itu turut mendakwa pihak penjaga adiknya telah melakukan penipuan wang mencecah ratusan ribu ringgit dan hidup bermewah, namun gagal menjalankan tanggungjawab sebagai penjaga.

“Scam duit orang sampai beratus ribu. Adik aku tak sekolah. Belanja mewah boleh,” katanya.

Terdahulu, nama Ben menjadi perhatian selepas beliau membuat laporan polis berhubung gangguan daripada individu yang menjadi mangsa penipuan kedua-dua ibu bapanya. Malah, Ben sendiri mendakwa turut menjadi mangsa apabila kad pengenalannya digunakan untuk tujuan penipuan, termasuk keretanya turut dicagarkan.

Situasi tersebut telah memberi kesan kepada kerjaya seni Ben apabila ramai pihak dikatakan ragu-ragu untuk menjemputnya menjayakan persembahan, sekali gus memberi tekanan besar terhadap perjalanan kerjayanya.

BACA JUGA:  Tiga remaja tampil mohon maaf, dakwa video nasi tulang ayam hanya eksperimen sosial
Deepa
Deepa
deepa@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...