Selasa | 06/10/2026 | 9:00:15 am
HomeFilemPelakon Eman Manan kini bergelar Datuk

Pelakon Eman Manan kini bergelar Datuk

KUALA TERENGGANU – Lebih empat dekad mengabdikan diri dalam dunia seni tanah air, perjalanan aktor legenda Eman Manan menerima satu lagi pengiktirafan apabila beliau kini bergelar Datuk selepas dikurniakan Darjah Kebesaran Dato Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T), hari ini.

Pengiktirafan itu cukup signifikan buat anak kelahiran Kuala Terengganu berkenaan yang membina nama menerusi kekuatan lakonan serta deretan watak ikonik sehingga menjadi antara figura paling disegani dalam industri perfileman negara.

Eman atau nama sebenarnya Abdul Manan Embong, 68, menerima darjah kebesaran berkenaan sempena Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Sultan Terengganu dalam istiadat yang berlangsung di Istana Syarqiyyah, Chendering.

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITAhttps://portalmyberita.com/
Wartawan MYBERITA membawakan laporan berita semasa, nasional dan perkembangan terkini dari seluruh Malaysia dengan penyampaian yang pantas, tepat dan mudah difahami.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 6 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|