\”Depa tak tahu tugas untuk negara tak mudah\”, Anwar bawa cucu lawat pejabat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil peluang masa lapangnya semalam untuk membawa cucu-cucunya melawat pejabat beliau di Putrajaya.

Dalam satu hantaran di laman X, Anwar berkata lawatan itu dilakukan selepas menerima rungutan daripada cucu-cucunya yang berasa kecewa kerana beliau jarang berada di rumah.

“Cucu merungut kenapa saya jarang di rumah. Depa (mereka) tak tahu tugas untuk negara tidak mudah. Lantaran itu saya bawa depa mai (datang) pejabat tengok saya bekerja,” katanya ringkas dalam hantaran tersebut.

Turut disertakan beberapa keping gambar yang memaparkan beliau sedang berbual dan meluangkan masa bersama cucu-cucunya di ruang pejabatnya.

Tinjauan di ruang komen mendapati ramai warga maya meluahkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas komitmen Anwar dalam menerajui negara.

“Terima kasih PMX selama lebih dua tahun mengabdikan diri kerja dan kerja untuk Malaysia. Semoga diberi kesihatan yang baik dan Malaysia berada dalam keberkatan,\” tulis Wan Ahmad.

“Alhamdulillah, semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kehidupan PMX dan Malaysia,\” tulis Ahmad Puaat.

“Terbaik, bagi semangat untuk cucu menjadi pemimpin yang baik,” tulis Ag Mohd.

Lawatan mesra itu dilihat sebagai usaha Anwar mengimbangi tanggungjawab besar sebagai Perdana Menteri dengan peranan sebagai datuk kepada cucu-cucunya, sekaligus memperlihatkan sisi kemanusiaan seorang pemimpin yang dekat dengan keluarga.

BACA JUGA:  Wanita maut, Iriz terbabas langgar tembok jejambat
Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
ashrulaizad@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...