Barisan Nasional menang besar di PRK DUN Ayer Kuning

TAPAH – Calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir, mencatat kemenangan bergaya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dengan majoriti 5,006 undi, menurut keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini.

Mohamad Yusri, yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, memperoleh 11,065 undi, mengatasi calon Perikatan Nasional (PN), Abdul Muhaimin Abdul Rahman yang meraih 6,059 undi. Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS pula sekadar mendapat 1,106 undi.

Walaupun keputusan berpihak kepada BN, PRK kali ini menyaksikan peratusan keluar mengundi menurun kepada 58.07 peratus, iaitu penurunan sebanyak 15.4 peratus berbanding 73.47 peratus yang direkodkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu. Terdapat seramai 31,897 pengundi berdaftar dalam daftar pemilih PRK Ayer Kuning.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kekosongan kerusi berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin, pada 22 Februari lalu akibat serangan jantung selepas menyertai perlawanan bola sepak persahabatan di Pulau Pinang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Allahyarham Ishsam memenangi kerusi itu dalam pertandingan lima penjuru dengan majoriti 2,213 undi.

BACA JUGA:  PRN Sabah: SPR jangka keputusan penuh diketahui tengah malam ini
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...