Khamis | 08/10/2026 | 3:54:16 pm
HomeSemasaMetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di 13 negeri

MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di 13 negeri

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan 13 negeri di seluruh negara, yang dijangka berterusan sehingga pukul 7 malam ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, antara negeri yang terjejas termasuk Kedah melibatkan daerah Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Ribut petir turut dijangka melanda Pulau Pinang, Perak, serta beberapa kawasan di Pahang iaitu Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Kuantan dan Pekan.

“Cuaca buruk itu turut melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor,” kata MetMalaysia.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Khamis, 8 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|