\”Doakan yang baik-baik\”, pengurus Fattah beri bayangan tentang pernikahan

KUALA LUMPUR – “Doakan yang baik-baik,” itu respon ringkas tetapi penuh makna diberikan oleh Aca, pengurus kepada pelakon popular Fattah Amin, ketika ditanya mengenai spekulasi pernikahan aktor tersebut dengan penyanyi Amira Othman.

Kenyataan yang dibuat secara langsung menerusi siaran TikTok itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat yang menganggap ia sebagai petunjuk hubungan pasangan selebriti berkenaan semakin hampir ke jinjang pelamin.

Tindakan Aca yang tidak menafikan mahupun mengesahkan khabar angin tersebut membuatkan peminat semakin teruja dan optimis bahawa Fattah dan Amira bakal disatukan dalam masa terdekat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa gembira dan tidak putus-putus mendoakan agar urusan pasangan itu dipermudahkan.

“Alhamdulillah, kalau Aca cakap macam tu, faham-faham sajalah. Tak sabar!” tulis seorang netizen.

“Insya-Allah mungkin mereka sedang buat persiapan tu,” kongsi seorang lagi peminat.

“Semoga dipermudahkan segala urusan Fattah dan Amira. Kalau ada jodoh, tak ke mana,” ujar pengguna lain.

Sebelum ini, ketika sesi siaran langsung, Aca menerima pertanyaan daripada salah seorang pengikut mengenai kesahihan laporan yang mendakwa pasangan itu sedang menunggu hari bahagia untuk disatukan secara rasmi.

Namun begitu, setakat ini, tiada pengesahan rasmi dikeluarkan oleh Fattah, 34, mahupun Amira mengenai perkara tersebut.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama hubungan mereka menjadi bualan ramai. Pada Februari lalu, timbul khabar angin mendakwa Fattah telah mengikat tali pertunangan dengan Amira dan merancang untuk melangsungkan perkahwinan selepas Aidilfitri.

BACA JUGA:  Pangsapuri tingkat 16 terbakar, tiga beranak dibawa ke hospital
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...

“Ada yang manis selain kamu”, ‘Semanis’ jadi kopi pilihan utama pelajar di USM

GEORGE TOWN - Bermula sekadar inisiatif menjana pendapatan ketika...

Rakan universiti sanggup tipu kawan jual tiket ‘travel’ murah, mangsa rugi hampir RM2 juta

KUALA LUMPUR – Seorang individu mendakwa menjadi mangsa penipuan...

Cubaan tidak senonoh terhadap pramugari, lelaki diturunkan dari pesawat

KUALA LUMPUR - Tular di media sosial satu rakaman...