Kim Kardashian tamat pengajian undang-undang selepas enam tahun, selangkah bergelar peguam

0
198

LOS ANGELES – Personaliti popular dan usahawan berjaya, Kim Kardashian, melangkah setapak lebih dekat ke arah impiannya untuk bergelar peguam selepas berjaya menamatkan pengajian undang-undang selama enam tahun melalui program perantis di California.

Kim, 44, tidak mengikuti laluan tradisional universiti, sebaliknya menyempurnakan pengajian menerusi sebuah firma guaman di San Francisco, Amerika Syarikat, di bawah program khas yang membolehkan pelajar belajar sambil bekerja.

“Enam tahun lalu, saya memulakan perjalanan ini hanya berbekalkan semangat dan hasrat untuk memperjuangkan keadilan,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here