Wartawan perlu terus menyuarakan kebenaran – Nazmi Hakimi

0
201

KUALA LUMPUR – Wartawan di Malaysia perlu terus memegang teguh prinsip kewartawanan yang berteraskan integriti dan keberanian menyuarakan kebenaran, meskipun berdepan tekanan dalam landskap media yang semakin mencabar.

Pengerusi MYBERITA, Nazmi Hakimi Mohd Eirman, berkata peranan wartawan kini bukan sahaja terhad kepada melaporkan berita, tetapi juga bertindak sebagai benteng kepada demokrasi dan suara rakyat.

“Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Wartawan Nasional 2025 kepada semua pengamal media MYBERITA, dalam era digital yang penuh dengan maklumat palsu dan manipulasi media sosial, tugas wartawan semakin penting. Kita bukan sekadar penyampai berita, tetapi penjaga amanah kebenaran,” katanya ketika dihubungi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here