Tengku Zafrul keluar UMNO, mahu masuk PKR

0
248

KUALA LUMPUR – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mengesahkan beliau telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja serta keluar daripada parti itu untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menerusi kenyataan di Facebook, beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk keserasian dan kesesuaian, serta selepas mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan politik termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung, Dr Fuziah Salleh.

“Keputusan ini bukan sebuah keputusan yang mudah… saya sudah mengambil masa yang agak panjang untuk memikirkan keputusan ini secara mendalam, terutamanya kerana UMNO adalah satu-satunya parti politik yang saya pernah sertai, sejak 1997 lagi,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here