Syafiq Rahim, Izham Tarmizi dan Faizal Marlias tinggalkan JDT, 11 pemain dilepaskan Harimau Selatan

KUALA LUMPUR – Selepas lebih sedekad menabur bakti bersama Johor Darul Ta\’zim (JDT), pemain veteran Syafiq Rahim dan penjaga gol, Izham Tarmizi, secara rasmi meninggalkan kelab berkenaan. Turut mengikut jejak langkah mereka ialah Faizal Marlias yang menyertai skuad Harimau Selatan pada musim 2015.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers, hari ini.

Selain tiga pemain tempatan tersebut, JDT turut melepaskan beberapa pemain import yang menjadi tonggak pasukan pada musim lalu antaranya Jordi Amat, Jese Rodriguez, Murilo Henrique, Jonathan Viera, Álvaro Gonzalez, Roque Mesa, Anselmo de Moraes dan Ramadhan Saifullah.

Difahamkan, Jese dan Murilo menyertai pasukan pada musim lalu manakala empat pemain import lain — Gonzalez, Viera, Mesa dan Anselmo — tidak sempat menghabiskan satu musim penuh bersama JDT.

\”Kelab Bolasepak Johor Darul Ta\’zim (JDT) ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain-pemain berikut atas komitmen penuh mereka kepada Harimau Selatan.

\”Kami mengucapkan selamat maju jaya pada masa hadapan dan anda akan sentiasa dikenang sebagai sebahagian daripada Keluarga JDT. Luaskan Kuasamu Johor,\” menurut kenyataan rasmi kelab tersebut.

Bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2025-2026, JDT telah mengorak langkah awal dengan membawa masuk tiga pemain baharu iaitu pemain tempatan, Ibrahim Manusia serta dua pemain import, Jairo Da Silva dan Antonio Glauder.

Langkah pembaharuan ini dilihat sebagai usaha JDT untuk terus mengekalkan dominasi mereka dalam kancah bola sepak tempatan selepas menjuarai Liga Super selama 11 musim berturut-turut.

BACA JUGA:  MFL tegas gantung Sri Pahang, KDA FC, Perak FC daripada Liga M
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...