Bayi tiga bulan maut dihempap tangan bapa yang kena serangan jantung

MELAKA – Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut dipercayai akibat lemas selepas dihempap tangan bapanya yang terkena serangan jantung ketika sedang tidur di rumah mereka di Jalan Perigi Hang, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian menyayat hati kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Nur Daniel Nurul Effendy, merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dan ketika kejadian berada di atas katil bersama bapanya, Nurul Effendy Ibrahim, 35.

Menurut ibu mangsa, Azura Abdul Malik, 40, beliau baru pulang dari tempat kerja untuk membawa anaknya itu mendapatkan suntikan imunisasi di klinik kesihatan.

“Saya terkejut bila masuk rumah, lihat kedua-duanya tidak sedarkan diri di atas katil. Suami tidak sedarkan diri manakala bayi kami berada di bawah lengannya.

“Ketika itu anak saya masih bernyawa, tetapi keadaannya sangat lemah. Saya terus bawa ke Hospital Melaka, tetapi malangnya doktor sahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya yang bekerja sebagai pembantu tadbir di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Supian Md. Dali memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada hospital pada jam 9.58 pagi.

“Siasatan awal mendapati mangsa lelaki dewasa dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung di lokasi kejadian, manakala bayi pula meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.

Beliau berkata, pihak bomba turut melakukan pemeriksaan terhadap sebarang kebocoran gas di rumah mangsa, namun tiada unsur bahan kimia ditemui dan bantuan unit Hazmat dibatalkan.

Insiden tragis ini mengundang pilu apabila kehilangan dua insan tersayang berlaku serentak dalam satu kejadian yang tidak disangka-sangka.

BACA JUGA:  “Hidup mesti bermasyarakat” – Sulaiman Md Ali
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...