Industri landskap sumbang RM39.4 bilion kepada KDNK, diiktiraf sektor ekonomi strategik

KUALA LUMPUR – Industri berkaitan landskap negara mencatatkan sumbangan sebanyak RM39.4 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu, mewakili dua peratus daripada keseluruhan KDNK negara.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, angka tersebut menunjukkan peningkatan berbanding RM35.68 bilion yang direkodkan pada tahun sebelumnya, berdasarkan 24 jenis industri berkaitan landskap yang dikenal pasti menerusi senarai kod Klasifikasi Perindustrian Standard Malaysia (MSIC).

Menurutnya, perkembangan ini membuktikan potensi besar industri landskap bukan sahaja dari aspek estetika dan kualiti hidup, tetapi juga sebagai penyumbang penting kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Sebanyak 113 pegangan pertanian yang terlibat dalam aktiviti penanaman bunga dan tumbuhan landskap direkodkan di seluruh negara, meliputi kawasan seluas 45,300 hektar (111,939 ekar). Negeri Johor mencatatkan keluasan terbesar dengan 39,600 hektar.

“Dalam sektor pembinaan pula, terdapat sekitar 20,537 syarikat yang berdaftar sebagai kontraktor landskap dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan prapelancaran sambutan Hari Landskap Negara 2025 di ibu negara, hari ini.

Kor Ming turut memaklumkan bahawa kementerian berhasrat mengangkat industri landskap sebagai salah satu sektor ekonomi strategik negara.

“Industri ini bukan sahaja memperindah persekitaran dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat, tetapi turut membuka peluang pekerjaan dan menjana pendapatan kepada pelbagai lapisan masyarakat,” ujarnya.

Dalam pada itu, sambutan Hari Landskap Negara tahun ini akan diadakan di Taman Bandar, Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor selama enam hari bermula 25 Jun.

“Kita menyasarkan nilai transaksi melebihi RM10 juta berbanding jumlah pada sambutan tahun lalu,” tambah beliau.

BACA JUGA:  Bayi dua bulan disyaki didera, ibu bapa direman tujuh hari
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...