Foodpanda hadiahkan 196 jongkong emas, pakej Umrah buat \’rider\’

KUALA LUMPUR – Foodpanda Malaysia meraikan dedikasi dan sumbangan rakan penghantaran mereka menerusi acara tahunan ‘Durian Runtuh 2.0 – Anugerah Hero Tapau’ yang berlangsung meriah di KL Gateway Mall, di sini, pada Khamis.

Lebih 300 penghantar makanan (rider) dari seluruh negara hadir bersama keluarga mereka, selain disertai pengamal media dan barisan rakan kongsi korporat.

Kehadiran besar ini mencerminkan komitmen foodpanda untuk terus mengiktiraf jasa para rider yang menjadi tulang belakang operasi harian syarikat.

Pengarah Urusan Foodpanda Malaysia, Tan Ming Luk, dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada komuniti rider yang dianggap sebagai nadi syarikat.

Beliau berkata acara ini adalah kesinambungan usaha untuk mengiktiraf dan memberi semangat kepada mereka yang bekerja keras setiap hari.

“Menerusi ‘Durian Runtuh 2.0’, kami teruskan tradisi buat kali kedua untuk menghargai usaha gigih rider kami,\” ujarnya ketika ditemui MYBERITA.

\”Ini bukan sekadar majlis penyampaian hadiah, tetapi tanda terima kasih yang tulus daripada seluruh pasukan foodpanda,” katanya.

Program ini juga menjadi platform kepada foodpanda untuk melancarkan kempen Year-End Quest akan datang, yang dijangka meningkatkan motivasi dalam kalangan rider di seluruh negara.

Kemuncak acara tersebut ialah pengumuman hadiah keseluruhan bernilai lebih RM340,000. Antara ganjaran paling bermakna adalah tiga pakej Umrah tajaan penuh bagi empat orang setiap satu, dengan nilai keseluruhan melebihi RM108,000.

Sebanyak 196 jongkong emas turut diagihkan kepada rider yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun, membabitkan nilai keseluruhan melebihi RM233,000.

Hadiah ini merangkumi 14 jongkong emas 10 gram, 28 jongkong 5 gram, 42 jongkong 2.5 gram dan 112 jongkong 1 gram.

Pelbagai aktiviti turut disediakan bagi pengunjung termasuk sesi pertukaran beg, pengambilan pekerja, kiosk makanan dan minuman, aktiviti kanak-kanak serta persembahan muzik secara langsung.

BACA JUGA:  Cheah Liek Hou genggam dua kejuaraan di Thailand

Acara ini juga disiarkan secara langsung ke seluruh negara bagi memastikan rider yang tidak dapat hadir tetap dapat merasai semangat dan keterujaan majlis.

Foodpanda turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sambutan kali ini.

Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...