Jalur Gemilang simbol perpaduan, maruah dan jiwa Malaysia

KUALA LUMPUR – Tanggal 31 Ogos dan 16 September bukan sekadar tarikh dalam kalendar, sebaliknya menjadi simbol perjuangan, perpaduan dan jati diri rakyat Malaysia yang diraikan saban tahun sebagai Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Sejak 2015, sambutan Hari Kebangsaan tidak lagi terhad kepada tarikh 31 Ogos semata-mata, tetapi turut melibatkan seluruh rakyat Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak melalui satu semangat kesatuan nasional di bawah panji Jalur Gemilang. Ia bukan hanya sehelai kain berwarna, tetapi lambang kedaulatan, maruah dan identiti negara.

Kempen ‘1 Rumah 1 Jalur Gemilang’ dan ‘Kembara Merdeka Jalur Gemilang’ kembali digerakkan, di mana pasukan kembara akan merentasi seluruh pelosok negara menyampaikan mesej cinta tanah air dan menggalakkan pengibaran bendera secara meluas.

Antara agensi utama yang menjayakan sambutan ini, berkata Jalur Gemilang harus dikibarkan secara tertib dan penuh hormat.

\”Ia bukan ritual kosong. Ia adalah simbol cinta dan taat setia kepada negara,\” katanya.

Menurutnya, kesedaran rakyat terhadap etika pengibaran Jalur Gemilang amat penting. Bendera yang lusuh, koyak, atau dipasang terbalik bukan sahaja mencemarkan imej negara malah boleh dianggap satu bentuk penghinaan.

Kesilapan seperti penggunaan grafik Jalur Gemilang yang tidak tepat, termasuk oleh agensi kerajaan dan media, turut mendapat perhatian ramai baru-baru ini.

“Dalam era digital ini, penggiat kandungan dan pereka grafik perlu peka terhadap ketepatan visual Jalur Gemilang. Ia bukan sekadar elemen kreatif, tetapi membawa tanggungjawab besar dalam mencerminkan jati diri negara,” tambahnya.

JAPEN turut menekankan larangan penggunaan Jalur Gemilang sebagai pakaian atau kostum yang bertentangan dengan etika. Walaupun motif dan warna dibenarkan, imej sebenar bendera tidak wajar dijadikan pakaian, tanjak atau tudung kerana ia dianggap tidak sopan dan mencemarkan maruah simbol negara.

BACA JUGA:  Wartawan Alam Sekitar Karam Singh Walia meninggal dunia

Sebagai usaha pendidikan berterusan, JAPEN telah menerbitkan buku panduan ‘Menghormati Lambang-Lambang Kebesaran Negara’ sejak 2020 yang boleh diakses secara digital melalui laman web rasmi mereka. Ia menjadi rujukan penting kepada agensi kerajaan, sektor swasta serta rakyat awam dalam memahami etika berkaitan bendera dan simbol rasmi negara.

Jalur Gemilang adalah cerminan semangat Malaysia yang menyatukan lebih 32 juta rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya. Setiap kibaran bendera membawa harapan dan semangat untuk masa depan yang lebih gemilang.

Sebagai rakyat Malaysia, menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara, menghormati dan mewariskan makna Jalur Gemilang kepada generasi akan datang. Ia bukan hanya sekadar bendera, ia adalah jiwa negara.

Tahun ini, Malaysia bakal menyambut Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia ke-62. Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang akan berlangsung pada 27 Julai 2025 di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor dan akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia menjadi pembuka tirai kepada pelbagai pengisian patriotik sepanjang Julai hingga September, termasuk Perarakan Hari Kebangsaan di Putrajaya dan Sambutan Hari Malaysia di Pulau Pinang.

Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
ashrulaizad@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...