UniKL, University of Canterbury meterai kerjasama strategik halal dan lestari

KUALA LUMPUR – Hubungan dua hala Malaysia dan New Zealand terus diperkukuh apabila Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan University of Canterbury, New Zealand memeterai Surat Hasrat (Letter of Intent) bagi menjalinkan kerjasama strategik dalam bidang teknologi makanan halal dan pembangunan lestari, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif itu merupakan satu lagi sejarah penting yang membuka lembaran baharu dalam memperkukuh rantaian nilai halal global serta inovasi dalam bidang kejuruteraan dan pemeliharaan alam sekitar.

Menurut beliau, kerjasama ini juga selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Melalui usaha ini, kita bukan sahaja memperkukuh bidang pendidikan tinggi, malah memperluaskan peluang penyelidikan dan inovasi dalam sektor halal serta pembangunan lestari yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, pada Rabu.

Pada majlis sama, turut dianjurkan Forum Halal yang melibatkan kehadiran Menteri Biosekuriti dan Keterjaminan Makanan New Zealand, Andrew Hoggard.

Zahid berkata, forum itu menjadi pentas penting untuk Malaysia menegaskan komitmen menjadikan sektor halal sebagai teras pembangunan mampan yang diyakini serta bukan sekadar agenda perdagangan semata-mata.

“Insya-Allah, kerjasama ini akan menjadi pemangkin kepada pelbagai inisiatif masa depan termasuk penyelidikan bersama, pertukaran pelajar dan teknologi, serta penghasilan makanan halal yang lebih selamat, inovatif dan berdaya saing di peringkat antarabangsa,” katanya.

Tambah beliau, Malaysia akan terus komited untuk menjadi rakan strategik utama kepada New Zealand dalam sektor pendidikan tinggi dan industri halal global.

BACA JUGA:  Anwar Ibrahim tiba di Langkawi, sokong penganjuran LIMA’25
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...