“Saya akan terbayang tragedi itu”, pemandu Alza trauma tiap kali lihat bas

SUNGAI PETANI – Mohd Lutfi Radzi, 37, memaklumkan bahawa setiap kali terlihat cahaya lampu dari belakang ketika memandu waktu malam, beliau akan terus teringat kejadian kemalangan ngeri yang dialaminya sebulan lalu.

Guru agama itu mengakui perasaan cemas masih menyelubungi dirinya setiap kali memandu, khususnya apabila melalui kawasan gelap atau terlihat cahaya kenderaan dari arah belakang.

Bagaimanapun, beliau berkata keadaan dirinya kini semakin pulih berbanding minggu-minggu awal selepas kejadian, terutama ketika isterinya dan dua anak mereka masih dirawat di hospital.

“Saya memang teringat kejadian itu, ia masih segar dalam ingatan, tapi semuanya beransur pulih. Kami sekeluarga tetap perlu harungi dan selepas ini pun saya dan keluarga akan tetap melalui jalan itu untuk pulang ke rumah mentua saya di Kemaman, Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menerima kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang hadir menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga Lutfi di kediaman mereka di Bukit Banyan, semalam.

Dalam tragedi 9 Jun lalu, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang dipandu Mohd Lutfi dirempuh sebuah bas di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik, Perak, ketika dalam perjalanan pulang ke Baling selepas bercuti sempena Aidiladha di Kemaman.

Insiden tragis itu meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) manakala ramai lagi dilaporkan cedera.

Mengulas keadaan terkini ahli keluarganya, Mohd Lutfi berkata, isterinya Nurul Ain Zakaria, 36, kini dalam fasa pemulihan dan sudah mampu melakukan kerja ringan, sementara anak sulung mereka, Nur Aisyah Nafisah, 6, yang patah paha kanan, kini mampu bergerak secara berdikari namun belum dibenarkan memijak kaki kanannya.

BACA JUGA:  Dua wanita Malaysia ‘join’ Running Man, bantu selesaikan misi secara spontan

“Isteri saya patah lima tulang rusuk. Sekarang dah boleh buat kerja ringan macam menyapu dan basuh pinggan. Tapi dia akan buat perlahan-lahan dan berhenti rehat bila perlu.

“Anak bongsu kami, Muhammad Ahsan Nafis, 2 tahun, hanya mengalami lebam dan luka kecil,” katanya.

Beliau menjangkakan kedua-dua anaknya akan kembali ke sekolah pada September depan, bergantung kepada tahap kesihatan mereka.

Dalam pada itu, Mohd Lutfi turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menghulurkan bantuan dan mendoakan kesihatan mereka sekeluarga.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat memberi kenyataan ketika berada di hospital kerana keadaan saya ketika itu terlalu lemah, dari segi fizikal dan emosi.

“Terima kasih juga kepada warga pendidik, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Baling, serta rakan-rakan guru di SK Malau dan SK Tembak atas sokongan moral dan sumbangan yang diberikan,” katanya.

Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...