Ija, adik didakwa esok atas tuduhan laporan palsu

MUAR – Pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, atau lebih dikenali sebagai Ija, dan adiknya Tengku Abdul Aziz dijadualkan didakwa di Mahkamah Majistret Muar esok berhubung laporan palsu yang melibatkan kejadian sebuah kereta dilaporkan terjunam ke dalam Sungai Tui, Bukit Kepong.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz memaklumkan bahawa pertuduhan ke atas kedua-dua individu itu akan dibuat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu, serta Seksyen 109 kerana bersubahat.

“Kes ini melibatkan penemuan sebuah kenderaan yang didakwa terjunam ke dalam Sungai Tui, namun siasatan mendapati ia merupakan laporan palsu,” katanya dalam satu kenyataan pada malam Khamis.

Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah membuat laporan polis terhadap kedua-dua beradik tersebut selepas mendapati laporan kehilangan yang diterima adalah palsu dan menyebabkan sumber agensi penyelamat digerakkan secara sia-sia.

Menurut Ketua Zon 4 JBPM Johor, Penguasa Kanan Bomba II Norshuhada Amsari, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar pada pagi Ahad, hasil arahan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad.

“Tindakan ini diambil bagi memberi pengajaran kepada orang awam agar tidak mengganggu tugas pasukan penyelamat dengan laporan palsu,” jelasnya.

Dalam insiden yang berlaku pada 15 Julai lalu, media melaporkan seorang peniaga dan pemilik kedai aksesori kenderaan dikatakan hilang selepas kereta jenis Perodua Axia yang dipandunya didakwa terjunam ke Sungai Tui.

Bagaimanapun, siasatan kemudian mendedahkan bahawa lelaki berusia 38 tahun itu dipercayai sengaja mereka-reka cerita sebelum bertindak melarikan diri ke negara jiran.

Sepanjang operasi mencari dan menyelamat yang berlangsung selama empat hari, lebih 30 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Labis dan Pagoh terlibat dalam usaha mengesan mangsa yang disangka hilang.

BACA JUGA:  Pertengkaran dalam van berakhir tragedi, suami ditahan - Polis
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...