Khamis • 22 Januari 2026

JBPM tidak kompromi, siasat anggota bomba bantuan terpalit video lucah

MARANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggota bomba bantuan yang dikaitkan dengan penyebaran video lucah di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Sri Nor Hisham Mohammad berkata, siasatan dilakukan walaupun individu dalam video tular itu tidak memakai pakaian seragam.

Menurut beliau, pihaknya mengesan beberapa hantaran lain di akaun media sosial milik individu terbabit yang memaparkan gambar memakai uniform bomba.

\”Unit Integriti JBPM telah diarahkan untuk menubuhkan pasukan siasatan bagi mengenal pasti punca penyebaran video tersebut serta mengesahkan identiti sebenar anggota terbabit.\” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Program MADANI Rakyat Kebombaan Komuniti (PMRKK) di Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai, di sini hari ini.

Tambahnya lagi, siasatan akan turut meneliti sama ada video tersebut dimuat naik secara sukarela oleh individu terbabit atau disebarkan oleh pihak ketiga.

\”Jika siasatan mengesahkan pembabitan individu itu, tindakan penggantungan kerja boleh dilaksanakan serta-merta berdasarkan skim perkhidmatannya.

\”Kes terbaharu ini membabitkan anggota dalam skim bomba bantuan, iaitu bukan perkhidmatan sepenuh masa.\” tambahnya.

Nor Hisham turut menegaskan bahawa JBPM tidak akan berkompromi dalam isu integriti dan sentiasa memantau tingkah laku serta kandungan media sosial anggota dan pegawai, meskipun tiada aduan rasmi diterima.

\”Kadang-kadang bukan orang lapor, tapi kita sendiri yang mengesan kandungan tidak wajar dilakukan dan terus kita ambil tindakan.\”

Menurut beliau, JBPM juga meneliti aspek perundangan sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut terhadap anggota terlibat.

\”Mana-mana pegawai dan anggota terikat dengan klausa tertentu. Justeru, saya mengingatkan semua pegawai supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan.

\”Sebarang pelanggaran undang-undang dan etika, sama ada kecil atau besar, kita tidak berkompromi dan siasatan tetap kita jalankan.\” katanya.

BACA JUGA:  Pelajar USM cekal hidup dengan nenek, kini jadi anak angkat menteri
spot_img

TRENDING

Permohonan UPUOnline sesi 2026/2027 dibuka 29 Januari

KUALA LUMPUR - Permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik...

RPN 2026–2035: USIM sedia perumahan selesa atasi isu penempatan pelajar

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyambut baik...

Tiket ETS untuk cuti Tahun Baru Cina hampir ‘sold out’

KUALA LUMPUR - Tiket bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu...

KTMB sediakan perkhidmatan khas komuter 24 jam sempena Thaipusam

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan...

KDNK terkini catat pertumbuhan 4.9 peratus, melebihi unjuran – PM

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...