Pakej Pelancongan Rahmah tawar percutian bajet ke Langkawi

0
222

LANGKAWI – Pelancong kini berpeluang menikmati percutian tiga hari dua malam (3H2M) di Langkawi lengkap dengan lima aktiviti eksklusif hanya pada harga serendah RM500 melalui pakej pelancongan Rahmah yang baharu dilancarkan.

Pakej tersebut diperkenalkan oleh Pejabat Tourism Malaysia Wilayah Utara dengan kerjasama penggiat pelancongan tempatan dan mula ditawarkan serta-merta.

Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara, Abdul Hadi Che Man berkata, inisiatif itu turut menyokong Kempen Tahun Melawat Kedah 2025 serta menjadi pemangkin kepada Tahun Melawat Malaysia 2026.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here